Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KESMA bagi Tahun 2013 akan diadakan seperti maklumat di bawah:
Tarikh: 28 Mac 2013 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Aras 19, JAS Melaka
Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Tuan/Puan adalah diminta untuk mengemukakan usul yang akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut dengan mengisi borang yang telah disediakan dalam KESMA-Pentadbiran KESMA-2013-Mesyt. Agung KESMA 2013-Usul Mesyt. Agung 2013.
Bagi melancarkan urusan mesyuarat mohon tuan/puan membuat pencalonan AJK secara online seperti yang telah diemelkan sebelum ini. Undian akan dibuat semasa mesyuarat di atas.
Bendahari dan Ketua-ketua Biro diminta menyediakan laporan dan memasukkan softcopy ke dalam KESMA-Pentadbiran KESMA-2013-Mesyt. Agung KESMA 2013-Pembentangan AJK 2012. Laporan kewangan hendaklah disemak oleh Juruaudit KESMA yang telah dilantik (PK MNM & PPK ARI).
Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, dimaklumkan.
Bendahari KESMA (PTW SM) - Minta tolong sediakan minum pagi dan makan tengahari untuk mesyuarat ini. TK.
Admin JAS Melaka - Mohon buat hebahan kepada Melaka Staff
Azlina Othman
Unit Pengawasan, Teknologi Hijau & Kesedaran Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Aras 19, Menara Persekutuan Jalan Persekutuan, Bandar MITC Hang Tuah Jaya 75450 AYER KEROH Melaka Tel:06-2345720 (samb:81849)
Faks:06-2345721
No comments:
Post a Comment