PENGURUSAN KESMA



UNDANG-UNDANG BAGI

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA (KESMA)





FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Melaka (KESMA).

Selepas ini disebut "Kelab".



FASAL 2 TEMPAT URUSAN

Alamat dan tempat urusan Kelab ialah :

JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

ARAS 19, MENARA PERSEKUTUAN,
JALAN PERSEKUTUAN, BANDAR MITC,
HANG TUAH JAYA,
75450, MELAKA.
TEL : 06-2345720
FAKS : 06-2345721


FASAL 3 LOGO

 
Seperti di Lampiran ’A’ dan ’B’


FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT


Tujuan kelab ini ialah



1. Menyatupadukan serta memupuk semangat persahabatan dan persefahaman di antara semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan.

2. Mempertingkatkan nilai rohani dan jasmani serta berkongsi ilmu pengetahuan di antara ahli-ahli kelab.

3. Menanam semangat bertanggungjawab dan memupuk nilai-nilai murni dalam hal ehwal kebajikan, sosial dan kesukanan.

4. Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab, Jabatan, MAKSAK dan lain-lain agensi berkaitan.

5. Melahirkan semangat kesukanan dan rasa persaudaraan di dalam pertandingan-petandingan atau peraduan yang akan diadakan oleh mana-mana badan/pertubuhan/persatuan yang berdaftar.



FASAL 5 KEAHLIAN

(1) Keahlian kelab ini terbuka kepada semua kakitangan kakitangan yang sedang bertugas di Jabatan Alam Sekitar Melaka dari sebarang bangsa, agama, lelaki atau perempuan yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha. Setiausaha dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Mesyuarat Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap permohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang terebut di atas, hendaklah setalah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli kelab kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.



FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk adalah RM5.00 (sekali sahaja)

Bayaran yuran bulanan adalah seperti berikut :

Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (A) – RM 5.00

Kumpulan Sokongan (B) – RM 4.00

Kumpulan Sokongan (C) – RM 3.00

(2) Yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh tujuh (7) hari dari awal tiap-tiap bulan.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.



FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI


(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang kelab atau bertindak dalam cara yang akan mencemarkan nama baik kelab, boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.



FASAL 8 MESYUARAT AGUNG

(1) Pengelolaan kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (½) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau 2 kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa Mesyuarat, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak

cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah :

(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan kelab di dalam tahun lalu;

(b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;

(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan

(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Kelab bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Kelab.

(5) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan :

(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau

(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8) Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah

ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.



FASAL 9 JAWATANKUASA



(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan :

Seorang Pengerusi

Seorang Naib Pengerusi

Seorang Setiausaha

Seorang Penolong Setiausaha

Seorang Bendahari

Seorang Penolong Bendahari

4 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

(2) Pemegang-pemegang jawatan kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam kelab ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

(3) Nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadang serta disokong dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan kelab mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya, dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.

Sekurang-kurangnya satu perdua (½) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari Ahli-Ahli Jawatankuasa secara pengedaran Surat Pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:-

a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam Surat Pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;

b) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan

c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

(8) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggaldunia atau meletakkan jawatan, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik mana-mana ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan kelab, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan kelab.

(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak, dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.



FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1) Pengerusi dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua Cek Kelab bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(2) Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua Cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua Cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

(6) Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

(7) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.



FASAL 11 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan kelab, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank ini hendaklah di atas nama kelab.

(3) Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang kelab.

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

(5) Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik mengikut Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman semua ahli di tempat urusan Kelab.

(6) Tahun Kewangan Kelab ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.



FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1) Dua orang yang bukannya pegawai Kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka

akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.



 FASAL 13 PENGAMANAH

(1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Kelab. Semua harta tetap kepunyaan Kelab akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani satu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Kelab dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Kelab.

(3) Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.



 FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa bolehlah memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.



FASAL 15 PENASIHAT / PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Kelab ini dengan syarat orang yang dilantik ini menyatakan persetujuan secara bertulis.


FASAL 16 LARANGAN

(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Kelab: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Poh Bin, Belankai, Pau Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, Banker’s game, Video Games dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

(2) Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan dalam Gerakan Kesatuan Sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

(3) Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

(4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Kelab kepada mana-mana ahlinya.



FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG


Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh kuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 18 PEMBUBARAN


(1) Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------






PENGURUSAN TERTINGGI KELAB KESMA 2012




CARTA PENGURUSAN TERTINGGI KELAB KESMA 2012









JAWATANKUASA PENGURUSAN TERTINGGI KELAB KESMA 2012


ENCIK HEDZIR BIN ZAKARIA
PENGERUSI
KELAB KESMA 2012


ENCIK ANUAR BIN ISHAK
NAIB PENGERUSI
 KELAB KESMA 2012



PUAN AZLINA BINTI OTHMAN
SETIAUSAHA
 KELAB KESMA 2012


PUAN ROHAIZA BINTI AB. AZIZ
PENOLONG SETIAUSAHA
 KELAB KESMA 2012


PUAN SURIATI BINTI MENHAD
BENDAHARI
KELAB KESMA 2012


ENCIK MAZLAN BIN ALI
PENOLONG BENDAHARI
 KELAB KESMA 2012


ENCIK NAJMU ALHUDA BIN MUHAMED SENIN
KETUA AJK SUKAN DAN REKREASI
KELAB KESMA 2012


PUAN ROZILA BINTI AB. RAHIM
KETUA AJK KEBAJIKAN
KELAB KESMA 2012


PUAN NOR HASNITA BINTI ABU BAKAR
KETUA AJK EKONOMI
KELAB KESMA 2012


ENCIK MARDZUKEE BIN ISMAIL
KETUA AJK PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN
KELAB KESMA 2012


ENCIK MOHD NAZIR BIN MANSOR
JURUAUDIT 1
KELAB KESMA 2012


ENCIK ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
JURUAUDIT 2
KELAB KESMA 2012





SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL KEPIMPINAN KESMA 2012
Bil
Biro Ekonomi
Biro Kebajikan
Biro Pendidikan & Kerohanian
Biro Sukan
1
PT NHAB(K)
PT RAR (K)
PPKT MI (K)
PPTM NAJMU (K)
2
PPK NH
PT RMI
JT  MKHJ
PPK AYAD
3
PPK HH
PT NMN
JT ZAM
PT AKMAR
4
PT JUNI
PMD ZB
PPK MRR
JTK MYW
5
JT NK
PK JJ
JT GOG
JT ISO
6
JT MNI
PPK NSM
PPKK NMJ
JT SNO
7
PPK MRMM
PPK FARA
PPK SAA
JT MNAH
8
PT NN
PPKK ZZA
PPK ADY
JT ACD
9

JTK MZAA

PT NAR
10

PAR ZE


MOTO : APA YANG PENTING KERJASAMA
PETUNJUK :

Ketua Biro

Biro Ekonomi

Biro Kebajikan

Biro Pendidikan & Kerohanian

Biro Sukan









JAWATANKUASA TERTINGGI KELAB KESMA 2013








No comments:

Post a Comment