Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
Saya merujuk kepada mesyuarat KESMA yang telah diadakan pada 29 Ogos 2012 dan 30 Ogos 2012 yang lalu, sehubungan dengan itu satu persetujuan telah dicapai bagi mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat JAS MELAKA pada ketentuan berikut;
Tarikh : 14 September 2012 (Jumaat)
Tempat : Shah Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka.
Masa : 7.45 Malam- 10.30 Malam
Pakaian : Baju Raya
Kumpulan sasaran : Ahli Keluarga JAS MELAKA
Dimaklumkan atas sebab kekangan faktor kewangan dan hasil perbincangan yang dibuat, semua Staff dikehendaki membayar RM 15/ keluarga (jika tuan/puan ingin membayar lebih amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih) bagi menampung kos bagi mengadakan majlis tersebut dan selebihnya akan ditanggung oleh KESMA. Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan kepada Bendahari KESMA (PN. SURIATI).
Tuan/Puan diminta untuk memberi maklumbalas persetujuan kehadiran tuan/puan kepada Bendahari KESMA dengan segera (sebelum 4/9/2012 jam 12.00 tengahari) bagi melancarkan majlis.
" KESMA MAJU JAYA"
Yang Benar
Rohaiza Binti Ab. Aziz
Pen. Setiausaha 2012
No comments:
Post a Comment