Friday, 14 September 2012

HEBAHAN~ JAMUAN AIDILFITRI 2012

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan terdapat beberapa ketetapan yang telah dibuat dalam Mesyuarat KESMA yang pada 13 September 2012 yang lalu mengenai jamuan raya anjuran KESMA di Shah Beach Resort pada 14 September 2012 (malam ini);


  Ketentuan Majlis :  MASA: 8.00 MALAM- 10.30 MALAM

                TEMPAT : GAZEBO, SHAH BEACH RESORT; JIKA HUJAN MOHON SEMUA KE CAFÉ SHAH BEACH (DOAKAN TAK HUJAN)

   KESELAMATAN      : TERDAPAT 'SMALL SWIMMING POOL' MOHON MENGAWASI
ANAK-ANAK KECIL TUAN-TUAN/PUAN-PUAN


1) Semua tetamu (ahli keluarga dan staff) dikehendaki berpakaian raya iaitu;

Baju Melayu/jubah- lelaki
Dan Baju Kurung/ jubah- wanita

#ADA SESI BERGAMBAR

2) Tuan/Puan diminta untuk menepati masa, kerana majlis akan dimulakan pada jam 8.15 malam.; dengan aturcara disertakan;


i.      Bacaan Doa- PPKT MI
ii.     Ucapan Pengerusi KESMA
iii.    Ucapan Pengarah JAS Melaka
iv.     Jamuan Makan (Sesi pemberian duit raya kepada anak staff di bawah umur 12 tahun)
v.      Montaj- Raya
vi.     Ucapan persaraan-  PPTK SY
vii.    Penyampaian Cenderahati  dari KESMA kepada PPTK SY
viii.   Penyampaian Sumbangan Anak Kakitangan JAS Melaka yang Cemerlang
dalam Peperiksaan
ix.     # Sesi Bergambar keluarga JAS Melaka


3) 3 Tempat VIP Parking disediakan dihadapan Café Shah Beach untuk Pengarah, KPP HZ dan KPP DNY.

4) 2 Meja Makan VIP disediakan. (1 meja= 8 org)



Adalah diharapkan semoga majlis kita yang julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga JAS MELAKA, sebagai Wakil AJK saya berharap tuan/puan mendoakan majlis kita ini dirahmati Allah dan mohon mendoakan agar malam ini tidak hujan. Saya memohon sepuluh jari jika terdapat kekurangan dalam menjayakan program ini. Ini adalah yang terbaik dapat kami berikan sebagai AJK bagi memenuhi hati nurani AHLI KESMA JAS MELAKA, kami telah cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak semua. YANG BAIK DATANG DARI ALLAH dan YANG BURUK ADALAH DARIPADA KEKURANGAN DAN KEALPAAN KAMI.


" KESMA MAJU JAYA"

Yang Benar

Rohaiza Binti Ab. Aziz
Pen. Setiausaha KESMA 2012

No comments:

Post a Comment