Seperti yang tuan/puan sedia maklum, JAS Melaka dan Kelab KESMA telah merancang satu jamuan sempena sambutan hari raya dan juga majlis perpisahan PPTK SY seperti yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Induk Bil 2/2012 pada 26 Julai 2012 yang lepas.
Sehubungan dengan itu, satu tinjauan (melalui kaedah undian) telah dibuat bagi menentukan tempat penganjuran program dan hal-hal yang berkaitan. Oleh yang demikian, tuan/puan dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat persediaan majlis ini yang akan diadakan seperti berikut:
TARIKH: 29 OGOS 2012 (RABU)
MASA: 11.00 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT ARAS 19 JAS MELAKA
Kehadiran tuan/puan (terutama AJK2 yang telah dilantik sebelum ini - sila rujuk lampiran) adalah dialu-alukan bagi memastikan persediaan majlis dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai tujuan penganjuran.
Nota:
KPP HZ - Tuan dipohon mempengerusikan mesyuarat
PPK RAA - Puan dipohon membuat tempahan makan/minum semasa mesyuarat dan membuat catatan minit mesyuarat.
PTW SM - Mohon ambil maklum
PA LIM - Mohon ambil maklum
Admin JAS Melaka - mohon buat hebahan kepada semua kakitangan JAS Melaka
Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment